LAWATAN AHLI KUS KOTA KE PID TG. KLING

Tarikh: 20 November 2009
Masa: 8.00pagi - 2.30 petang
Tempat: Pusat Internet Desa Tg. Kling
Aktiviti yang dijalankan:
  1. Ketibaan Kelab Usahawan (KUS) Kota disambut penuh mesra oleh KUS Tg. Kling.
  2. KUS Kota kemudian mendengar pengalaman En Shaiful Asuan tentang ternakan udang yang diusahakan oleh beliau. KUS Kota dan KUS Tg. Kling didedahkan dengan perincian maklumat tentang penjagaan udang yang betul.
  3. Seterusnya KUS Kota kediaman En Shaiful Asuan bagi melihat sendiri ternakan udang yang diusahakan oleh beliau.
  4. Para peserta dibawa ke Chalet Hajah Maimunah untuk melihat perniagaan yang diusahakannya. Beliau telah membawa para peserta ke kawasan chalet untuk melihat kemudahan yang disediakan. Para peserta dapat berkongsi pengalaman beliau selama mengusahakan perniagaan ini.
  5. Kemudian para peserta KUS Kota berangkat pulang ke Kota.


LAWATAN KUS TG. KLING KE PUSAT INTERNET DESA KOTA

Tarikh: 19 November 2009
Masa: 8.00pagi-2.30petang
Tempat: Pusat Internet Desa Kota, Kediaman Pn. Zakiah Tahir dan Mahera Enterprise
Pergerakkan Aturcara Aktiviti yang telah berjalan:
  1. Ketibaan tetamu dari Ahli Kelab Usahawan (KUS) Tg. Kling ke Pusat Internet Desa (PID) Kota disambut baik oleh KUS Kota.
  2. Setelah tetamu berada di PID Kota, KUS Kota dan KUS Tg. Kling beramah mesra dan bertukar-tukar pengalaman serta ilmu mengenai perniagaan yang diusahakan. Pelbagai pengalaman dan kejayaan telah dikongsi oleh mereka dalam pertemuan ini.
  3. Setelah sesi beramah mesra selesai, semua tetamu dan KUS Kota bertolak ke rumah Puan Zakiah Bt. Tahir dimana beliau merupakan salah seorang usahawan yang menjalankan projek penternakan ikan (ikan keli, sepat, puyu dan talapia). Projek ini dijalankan di kawasan rumah beliau dimana lebih kurang 6 spesis ikan yang berpotensi tinggi diternak. Pelbagai ilmu telah didedahkan oleh beliau tentang penjagaan ikan kolam air tawar ini secara lebih effektif.
  4. Seterusnya tetamu dan KUS Kota di bawa ke Mahera Enterprise iaitu perusahaan kuih traditional (bahulu, kuih bakar, rempeyek, biskut kelapa dan pelbagai jenis kuih raya) bertempat di Bongek. Semua peserta berkesempatan melihat sendiri cara penghasilan kuih bahulu dan merasa keenakkan bahulu panas disitu. Pengurus Mahera Enterprise, Puan Fatimah telah memberi sedikit penerangan, pengalaman dan berkongsi kejayaan beliau kepada semua peserta.
  5. Majlis berakhir dengan pengisian yang sangat berkesan kepada semua peserta.

BENGKEL E-BANKING

Tarikh : 18 November 2009
Masa : 9.00pg - 1.00ptg
Tempat : Pusat Internet Desa Kota

Objektif

  1. Memperkenalkan aplikasi e-banking bagi kemudahan pembayaran dan pemindahan wang.
  2. Mendedahkan faedah aplikasi e-banking dalam membantu pengurusan pembayaran bil, yuran universiti, saman dan sebagainya.
  3. Membantu komuniti mengaplikasi e-banking dalam pengurusan peribadi.

Perlaksanaan Bengkel

  1. Bengkel ini dijalankan dalam dua sesi.
  2. Sesi pertama: Komuniti didedahkan dengan pendaftaran Maybank.2u dan CIMB Click.
  3. Sesi Kedua: Mengaplikasi e-banking melalui internet. Contohnya e-billing dan pemindahan wang.




TAKLIMAT E-PEROLEHAN.

Tarikh : 17 November 2009
Masa : 12.00tgh - 2.00ptg
Tempat : Pusat Internet Desa Kota

Objektif.

  • Menerangkan tentang ePerolehan sebagai satu sistem elektronik kerajaan Malaysia yang membolehkan agensi kerajaan melaksanakan pembelian barang-barang bekalan dan perkhidmatan melalui internet.
  • Membantu komuniti yang berminat untuk berurusniaga dengan kerajaan mendaftar dengan 5 langkah secara online.
  • Memberi penjelasan tentang modul-modul utama serta produk-produk dalam ePerolehan.

BENGKEL AGRIBAZAAR

Tarikh :17 November 2009
Masa : 9.00pg - 11.00pg
Tempat : Pusat Internet Kota
Aktiviti:
Penerangan tentang agribazaar, faedah serta kegunaannya kepada pembeli dan penjual bagi berurusan secara online.Mereka juga diajar bagaimana untuk mendaftar didalam portal ini.




SESI RAMAH MESRA DAN E-GOVERMENT

Tarikh : 16 November 2009
Masa : 9.00pg - 2.00ptg
Tempat : Pusat Internet Desa Kota
Aktiviti.
  • Sesi pertama dimulakan dengan beramah mesra bersama para usahawan.Mereka memperkenalkan perusahaan masing-masing dan berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang melibatkan diri dalam bidang keusahawaan sehingga mereka berjaya.
  • Sesi kedua adalah pengenalan kepada E-Goverment.Mereka diajar berurusan dengan kerajaan secara elektronik melalui Portal www.malaysia.gov.my.