Tarikh: 19 November 2009
Masa: 8.00pagi-2.30petang
Tempat: Pusat Internet Desa Kota, Kediaman Pn. Zakiah Tahir dan Mahera Enterprise
Pergerakkan Aturcara Aktiviti yang telah berjalan:
- Ketibaan tetamu dari Ahli Kelab Usahawan (KUS) Tg. Kling ke Pusat Internet Desa (PID) Kota disambut baik oleh KUS Kota.
- Setelah tetamu berada di PID Kota, KUS Kota dan KUS Tg. Kling beramah mesra dan bertukar-tukar pengalaman serta ilmu mengenai perniagaan yang diusahakan. Pelbagai pengalaman dan kejayaan telah dikongsi oleh mereka dalam pertemuan ini.
- Setelah sesi beramah mesra selesai, semua tetamu dan KUS Kota bertolak ke rumah Puan Zakiah Bt. Tahir dimana beliau merupakan salah seorang usahawan yang menjalankan projek penternakan ikan (ikan keli, sepat, puyu dan talapia). Projek ini dijalankan di kawasan rumah beliau dimana lebih kurang 6 spesis ikan yang berpotensi tinggi diternak. Pelbagai ilmu telah didedahkan oleh beliau tentang penjagaan ikan kolam air tawar ini secara lebih effektif.
- Seterusnya tetamu dan KUS Kota di bawa ke Mahera Enterprise iaitu perusahaan kuih traditional (bahulu, kuih bakar, rempeyek, biskut kelapa dan pelbagai jenis kuih raya) bertempat di Bongek. Semua peserta berkesempatan melihat sendiri cara penghasilan kuih bahulu dan merasa keenakkan bahulu panas disitu. Pengurus Mahera Enterprise, Puan Fatimah telah memberi sedikit penerangan, pengalaman dan berkongsi kejayaan beliau kepada semua peserta.
- Majlis berakhir dengan pengisian yang sangat berkesan kepada semua peserta.